Bismillah.
Salam dakwah buat semua pembaca.
Saya kira, sudah lama tidak mencoret di sini dek kerana sibuk dengan urusan yang lebih penting menghimpit kehidupan.
******
|
Ya Allah... |
|
Teruskan Berjuang... |
Wahai para pejuang,
Dalam kita mengatur langkah perjuangan ini,
Matlamat kita satu,
Ikutan kita satu,
Panduan kita satu,
Jalan kita satu,
Impian kita satu.
Kita mengatur langkah dalam perjalanan ini dengan penuh hemah dan berhati-hati.
Dengan keikhlasan yang sudah lama tersemat dalam jiwa, langkah yang kita aturkan seakan yakin.
Dan ukhuwwah yang kita jalinkan, menampakkan langkah aturan lebih terbina kukuh dan gah.
Aturan langkah perjuangan ini kita corakkan dengan tarbiyyah islamiyyah.
Bahan ruhiyyah yang tolong mengisi jiwa.
Bahan haraki lebih memberi kefahaman dalam cara kita bekerja.
Setiap aturan langkah harus teliti dan jelas matlamatnya.
Jika tidak, akan kecundang di tengah jalan.
Atau matlamat yang mahu dicapai tidak akan tercapai.
Dalam kita mengatur langkah perjuangan ini,
Qiyadah memberi arahan,
Dan ahli-ahli mendengar segala arahan dengan penuh ketaatan.
Namun, ketaatan itu kita iringi dengan fikiran yang Allah berikan.
Ketaatan yang masih diberi pertimbangan.
Ketaatan yang bukan membuta-tuli.
Ketaatan yang beralaskan kebenaran.
******
|
Biar terkorban jasad dan nyawa |
Pentingnya kita mengatur langkah,
Kerana kita mahu membina sebuah kemenangan yang gemilang.
Pentingnya kita mengatur langkah,
Kerana kerja kita adalah membina manusia.
Pentingnya kita mengatur langkah,
Kerana kebenaran yang tersusun harus bersiap-sedia berlawan dengan kebatilan yang telah sekian lama memonopoli dunia.
Betapa pentingnya kita mengatur langkah !
Langkah yang penuh kejujuran untuk memikat hati-hati manusia.
Langkah yang penuh tawadhuk menyerahkan segala natijah kepada Allah S.W.T.
Langkah yang penuh kesungguhan untuk mentarbiyyah manusia.
Ya, dalam kita mengatur langkah ini sebenarnya kita berurusan dengan Allah dan juga manusia !
Kepada Allah kita menjadi penegak agama-Nya.
Dan kepada manusia kita menyampaikan amanah yang diberi-Nya.
Maka, perlulah kita seimbangkan keduanya.
Hubungan dengan Allah.
Hubungan dengan manusia.
Lebih penting, keharmonian perhubungan dengan manusia itu datangnya
dari harmoni dan betapa telusnya ikatan dan pergantungan dengan Allah.
Kita memberi penyaksian dan menjadi saksi.
Kepada kebenaran yang telah terpampang jelas, terang dan nyata.
Kebenaran yang telah ditunjukkan dalam kalam-Nya yang mulia.
Maka, adakah kita mahu menidakkan kebenaran ketika membina derap langkah perjuangan ?
Atau kita sengaja memutar belitkan kebenaran ?
Lebih teruk, kita memalsukan kebenaran.
Ah, bukankah dakwah ini ertinya membawa kebenaran ?
Bukankah dakwah ertinya memperjuangkan kebenaran ?
Bukankah dakwah ini matlamatnya adalah mahu mengalahkan kebatilan dengan kuasa kebenaran ?
******
Wahai para dua’t sekalian !
Jangan bosan berjuang.
Jangan penat menjadi askar terbilang.
Jangan pernah kalah dengan halangan yang mendatang.
Itu semua pahit dan manis,
Asam garam jalan ini,
Jika tiada, maka kosonglah.
Kosonglah ruhiyyah seorang penolong agama Allah.
Kosonglah amal-amal dakwah yang diusahakan.
Wahai barisan penegak kebenaran !
Jangan pernah lupa menghimpun kekuatan dalam tahajjud cinta.
Jangan pernah lupa berzikir kepada Allah sesibuk mana pun urusan dakwah.
Jangan pernah lupa memenatkan badan dengan amal ibadat juga, bukan amal dakwah sahaja !
Kerana seluruh kekuatan kita itu sumbernya adalah Allah.
Allah menjadi daya tolak kita untuk rela dan ikhlas melakukan segalanya dan berkorban apa jua demi jalan ini.
Maka, setelah penatnya badan dengan sibuk memperdengarkan seruanmu,
Maka kau hiasilah juga dengan bengkak di kakimu.
Telah kita percaya dan yakini,
Jalan ini meminta segalanya,
Namun, adakah kita telah memberikan segalanya ?
Dalam lafaz zikir ma’thur pagi dan petang,
Telah aku redha Allah sebagai Tuhanku,
Muhammad itu Rasulku,
Dan Islam ini agamaku.
Maka, keseluruhan ungkapan doa pendek ini telah menghimpun satu cinta yang besar nilainya.
Satu cinta yang akan memberi kesakitan kepada yang mencintainya.
Satu cinta yang meminta keseluruhan hidup dan masa kita untuk dibuang kepadanya semata.
Satu cinta yang menjamin kebahagiaan di akhir sana.
Hidup adalah persiapan menghadapi akhirat,
pengurusan diri dalam mencari penghasilan, mengecap kenikmatan yang
tidak diharamkan, mempertajam akal, dan menyucikan diri. Selain, dari
semua itu adalah kerosakan dan tipuan.
(Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni)
Dalam kita mengatur langkah perjuangan ini,
Ketahuilah,
Meskipun terkadang tidak terlihat di mata kita,
Seluruh dunia ini sedang bekerja sebenarnya,
Semuanya sedang membakar sebanyak mungkin tenaga,
Semuanya sedang menghasilkan lautan peluh,
Segalanya untuk jalan dakwah ini.
Meskipun telah lama atau baru sebentar kau menyinggah dalam jalan ini,
Tetaplah dan istiqamahlah,
Seolah kau seperti sebatang pokok mempunyai tunjang akar yang teguh,
Seolah kau lah gagasan bintang yang cerah menghiasi dakwah ini.
sekian,
salam perjuangan....
Sumber: http://mylittlepencil.wordpress.com/2011/09/04/dalam-kita-mengatur-langkah-perjuangan-ini/