Kisah cinta yang menyayat hati..

20 May 2011
Oh indahnya Cinta...




Suatu hari, ada sepasang kekasih sedang menunggang sebuah motor. Si pemuda ini sedang mengambil kekasihnya di pejabat. Namun, si pemuda ini terlupa untuk membawa topi keledar untuk kekasihnya itu kerana jarak antara pejabat pemudi tersebut dekat ssahaja dengan rumahnya. Tatkala sedang menuruni sebuah bukit, tiba-tiba, kelajuan motor itu meningkat dengan mendadak sehingga mencapai kelajuan 115 km/ph. Si pemudi yang membonceng motosikal kekasihnya itu merasa sangat terkejut dengan keadaan itu. Terlintas dihatinya bahawa kekasihnya itu sengaja melajukan kelajuan motor tersebut untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya. Lantas, si pemudi ini pun menyuruh kekasihnya memperlahankan kelajuan motosikal tersebut:

Pemudi: Awak, perlahankan sikit motor nie...saya takut laa!!!
Pemuda: Perlahankan? Tak nak laa, bawak motor laju-laju ni barulaa seronok...
Pemudi: Tak seronok pun laa awak...perlahankanlaa, saya takut sangat-sangat nie
Pemuda: Kalau awak nak saya perlahankan motosikal ni boleh, tapi, awak kena cakap kuat-kuat yang awak amat cintakan saya...

Perkataan dari kekeasihnya itu membuatkan si pemudi ini meyakini apa yang terlintas dihatinya tadi. Tapi, oleh kerana rasa cintanya yang sangat mendalam terhadap pemuda tersebut, maka si pemudi pun ini pun berkata dengan sekuat-kuatnya:

Pemudi: Okey... "Saya cintakan awak!!!!!"
Pemuda: Wahhh, terima kasih...saya pun amat cintakan awak.

Betapa bahagianya hati pemuda tersebut mendengarkan pengakuan kekasihnya itu. Tiba-tiba, pemuda tersebut berkata:

Pemuda: Awak, boleh tak awak tolong pakai topi keledar saya ni? Kepala saya gatal laa...
Pemudi: Okey, tapi, cepat perlahankan motosikal ni...

Keesokan harinya, terpapar di muka depan sebuah akhbar tempatan:
'Kemalangan maut melibatkan 2 pembonceng motosikal, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan didapati terselamat manakala yang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian'


Rupa-rupanya, semasa sedang menuruni bukit tersebut,si pemuda perasan yang brek motosikal tersebut tidak berfungsi sebagaimana sebelumnya. Sebab itulah kelajuan motosikal tersebut meningkat dengan mendadak. Memandangkan si pemudi ini tidak memakai topi keledar, maka, si pemuda yang amat ikhlas cintanya ini sanggup memberikan topi keledar yang sedang dipakainya demi menyelamatkan nyawa pemudi tersebut. Sedangkan pemuda tersebut tahu akibat yang akan menimpa dirinya seandainya dia berbuat demikian.


Namun, kerana mengetahui bahawa kekasihnya amat cintakan dia, maka, dengan penuh rasa kasih dan sayang, dia rela memberikan topi keledar tersebut kepada kekasihnya. Betapa mulianya pengorbanan pemuda tersebut demi cintanya terhadap pemudi tersebut.


Moralnya, cinta itu indah jika kita ikhlas dengan cinta... Sekian sahaja entri saya untuk kali ini(cepat sapu air mata tu, nanti kantoi MySpace).


Bye~
MySpace

Pengajaran Dari Sebuah Cinta



Entri kali ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah kisah cinta menusuk kalbu...Ini bukan cinta sebarang cinta, tapi ia cinta luar biasa...Selamat membaca!!!MySpace




Pengajaran Dari Sebuah Cinta MySpace


Toshinobu Kubota yang biasanya dipanggil Shinji terpaksa meninggalkan
keluarganya utk mencari kehidupan yang lebih baik di Amerika. “Di sini
keadaannya amat sukar. Kau adalah harapan kami” kata si ayah sambil
memeluk anak lelakinya itu sambil mengucapkan selamat tinggal.

Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan pengangkutan percuma
kepada para pemuda yang mahu bekerja sebagai buruh penyodok arang batu
sebagai imbalan kos pelayaran selama sebulan. Kalau Shinji menemui emas
di pergunungan Colorado, keluarganya akan menyusul. Berbulan lamanya
Shinji mengerjakan tanahnya tanpa kenal lelah. Emas yang tidak besar
memberinya penghasilan yang tidak seberapa tetapi teratur.

Setiap hari ketika pulang ke pondoknya, Shinji sangat teringin disambut
oleh Asaka Matsutoya, gadis yang diam-diam diminatinya di kampung.
Sepanjang ingatannya keluarga mereka sudah lama saling mengenali dan
sepanjang itulah dia menyimpan hasrat untuk memperisterikan Asaka.
Senyumnya yang menawan membuatnya menjadi puteri keluarga Yoshinori
Matsutoya yang paling cantik.

Setiap malam sebelum tidur di kabinnya, Shinji ingin sekali membelai
rambut ikal panjang Asaka yang perang kemerah-merahan itu. Akhirnya dia
mengirim surat kepada ayahandanya untuk merealisasikan impiannya itu.
Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram datang membawa berita.
Yoshinori Matsutoya akan mengirimkan puterinya kepada Shinji di Amerika.

Anak perempuannya itu akan bekerjasama dengan Shinji dan membantunya
mengembangkan bisnes perlombongan emas. Diharapkan selepas setahun,
keluarga masing-masing akan mampu datang ke Amerika untuk menghadiri
majlis pernikahan mereka. Hati Shinji sangat bahagia. Dia menghabiskan
satu bulan berikutnya untuk mengubahsuai pondoknya menjadi tempat
tinggal yang lebih sempurna.

Dia membeli katil sederhana untuk tempat tidurnya di ruang tamu dan
menata kamar tidurnya agar sesuai untuk seorang wanita. Langsir dari
bekas karung guni diganti dengan kain bermotif bunga dari bekas karung
gandum. Di meja sisi tempat tidur, dia meletakkan pasu berisi
bunga-bunga kering yang dipetiknya di padang rumput.

Akhirnya, hari yang dinanti telah kunjung tiba. Dengan membawa seikat
bunga daisi segar yang baru dipetiknya, di pergi ke stesen keretapi.
Asap mengepul dan roda-roda berderit ketika keretapi mendekat lalu
berhenti. Shinji melihat setiap jendela, mencari senyum dan rambut ikal
Asaka. Jantungnya berdebar kencang penuh harapan sebelum tersentak
kemudiannya. Bukan Asaaka, tetapi Yumi Matsutoya, kakaknya yang turun
dari keretapi.

Gadis itu berdiri malu-malu di depannya, matanya menunduk. Shinji hanya
mampu memandang terpana. Kemudian dengan tangan gementar dihulurkan
jambangan bunga itu kepada Yumi. “Selamat datang” katanya perlahan-lahan
sambil matanya menatap nanar. Senyum tipis menghiasi wajah Yumi yang
tidak cantik.

“Aku senang ketika ayah mengatakan kau ingin aku datang ke sini” kata Yumi.

“Ayuh! Aku akan membawa begmu” kata Shinji dengan senyum terpaksa,
bersama-sama mereka menuju kereta kuda.

Sementara Shinji bekerja di lombong, Yumi mencatat semua kegiatan di
lombong. Dalam tempoh enam bulan, aset mereka telah meningkat sekali
ganda. Masakannya yang lazat dan senyumannya yang tenang menghiasi
pondok itu dengan sentuhan ajaib seorang wanita.

“Tetapi bukan wanita ini yang aku inginkan” keluh Shinji di dalam hati,
setiap malam sebelum tidur dengan seribu rasa susah hati di ruang tamu.

Setahun lamanya Shinji dan Yumi bekerja, bermain dan tertawa bersama,
tetapi tidak pernah ada ungkapan cinta. Pernah sekali Yumi mencium pipi
Shinji sebelum masuk ke kamarnya. Pria itu hanya tersenyum canggung.
Sejak itu, kelihatannya Yumi hanya mampu berpuas hati dengan jalan-jalan
berdua menjelajahi pergunungan atau sekadar berbual di beranda setelah
makan malam.

Pada suatu petang di musim bunga, hujan deras menyirami punggung bukit,
membuat jalan masuk ke lombong mereka ditenggelami air. Shinji mengisi
karung-karung pasir untuk dijadikan benteng. Badannya basah kuyup tetapi
usahanya sia-sia. Tiba-tiba Yumi muncul di sampingnya, memegang karung
guni yang terbuka. Shinji mencedok dan memasukkan pasir ke dalamnya,
kemudian dengan tenaga sekuat lelaki, Yumi melemparkan karung itu ke
tepi lalu membuka karung yang lain.

Berjam-jam bekerja dengan kaki terbenam lumpur setinggi lutut, sampai
hujan reda. Dengan berpegangan tangan mereka berjalan pulang ke pondok.
Sambil menikmati sup panas, Shinji berterima kasih kepada Yumi. “Aku
takkan dapat menyelamatkan lombong itu tanpamu”

“Sama-sama” gadis itu menjawab sambil tersenyum tenang seperti biasa,
lalu tanpa berkata-kata dia masuk ke kamarnya.

Beberapa hari kemudian, Shinji menerima sepucuk surat yang menyatakan
keluarga Matsuyo dan keluarga Kubota akan tiba minggu berikutnya.
Meskipun berusaha keras menyembunyikannya, namun jantung Shinji kembali
berdebar-debar seperti dahulu kerana akan bertemu lagi dengan Asaka.
Ketika Asaka muncul di hujung platformnya, Yumi menoleh kepada Shinji.
“Sambutlah dia” katanya. Shinji berasa kaget, “Apa maksudmu?”

“Shinji, sudah lama aku tahu bahawa aku bukan puteri Matsutoya yang kau
inginkan. Aku memperhatikan bagaimana kau bercanda dengan Asaka pada
pesta bunga nan lalu.”katanya. Dia mengangguk ke arah adiknya yang
sedang menuruni tangga kereta. “Aku tahu bahawa dia bukan aku, yang kau
inginkan menjadi isterimu..”

“Tapi…” Yumi meletakkan jarinya pada bibir Shinji.
“Syy..” bisiknya “Aku mencintaimu Shinji. Aku selalu mencintaimu. Kerana
itu, yang kuinginkan hanya melihatmu bahagia. Sambutlah adikku,” Shinji
mengambil tangan Yumi dari wajahnya dan menggenggamnya. Ketika Yumi
mendongakkan mukanya, utk pertama kalinya Shinji melihat betapa
cantiknya gadis itu.

Dia ingat ketika mereka berjalan-jalan di padang rumput, ingat
malam-malam tenang yang mereka nikmati di depan unggun api, ingat ketika
Yumi membantunya mengisi karung-karung pasir. Ketika itulah dia
menyedari, apa yang sebenarnya selama berbulan-bulan tidak disedarinya.

“Tidak, Yumi. Dikaulah yang kuinginkan”

Shinji merengkuh gadis itu ke dalam pelukannya dan mengucup dahinya
dengan cinta yang tiba-tiba membara di dalam dadanya. Keluarga mereka
berkerumun dan berseru, “Kami datang untuk menghadiri pernikahan
kalian!” Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat yang
menggembirakan kerana cinta yang tulus dan suci itu sesungguhnya tidak
akan pernah berakhir.

Pengajaran Dari Sebuah Cinta
Source:http://www.koleksicinta.co.cc/2008/06/pengajaran-dari-sebuah-cinta.html

Selamat Hari Ibu !!!

19 May 2011



Alhamdulillah, saya masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hasrat saya untuk terus menulis entri didalam blog ini... Dalam kesempatan kali ini, saya ingin menulis entri tentang hari ibu(walaupun agak terlambat, MySpace hahahaha...


Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada sekalian insan-insan yang diberi gelaran Ibu, khususnya kepada Umie saya-semoga Allah memberkati segala jasa dan pengorbanan umie dalam mendidik serta membesarkan kami semua...MySpace


Ibu-satu gelaran yang tinggi yang dianugerahkan kepada insan yang telah melahir, mendidik serta membesarkan anak-anak. Satu gelaran yang hadir seiring dengan tanggungjawab yang teramat berat yang memerlukan pengorbanan bukan sedikit, bahkan melibatkan harta dan nyawa. Begitulah mulianya insan yang digelar Ibu ini.


Di sini, sukacitanya saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Sharifah Aini bertajuk Kasihnya Ibu. Lagu ni teramat sedih lirik dan iramanya. AMARAN: LAGU INI BOLEH MEMBUATKAN ANDA MENANGIS TERGULING-TERGULING MySpace






selamat menangis!!! MySpace



Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


MySpace

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?






Cantik x wanita diatas? Kalau direnung betul-betul, wajahnya seindah bidadari kan?(walaupun saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan bidadari)


Entri kali ini tentang satu artikel yang saya baca di laman web IluvIslam.com, sebuah laman web yang amat terkenal di Malaysia...Artikel ni benar-benar membuatkan saya terfikir apa yang tidak pernah saya terfikir untuk terfikir tentangnya(jangan pening macam dia ni pulak ek) MySpace ,hahahaha...


Hmmmm, saya tidak bermaksud apa-apa, tapi sekadar berkongsi kepada anda semua khususnya kaum hawa tentang satu hakikat yang akan menjawab persoalan anda semua tentang kenapa wanita amat memerlukan lelaki dalam hidupnya...Sama-sama kita renung dan hayatinya MySpace:







Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Sumber: - Artikel iluvislam.com@http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/835-mengapa-wanita-memerlukan-lelaki.html


^^ Sedikit kata-kata hikmah untuk direnungkan: 'Lelaki yang baik-baik bagi perempuan-perempuan yang baik-baik' MySpace

Buku terbaik antara yang terbaik!!!

17 May 2011
Untuk entri kali ni, saya nak perkenalkan kepada anda sebuah buku yang amat saya minat MySpace.Penulisnya pun bukan calang-calang orang, bahkan beliau memang dikenali diseluruh negara dengan keberanian beliau dalam memberikan pendapat serta hujah berasaskan kebenaran. Haaaa, tertanya-tanya siapakah beliau dan apa tajuk buku tersebut? jawapannya...





Hahahaha, terkejut??? MySpace

Ni lah dia bukunya. Buku ni saya beli masa Semester 2 kat MPH-JUSCO Melaka...susah giler nak cari buku ni kat situ(maklumlaa, buku baru), cari punya cari, tak jumpa-jumpa jugak. Last-last, tanya pekerja kat situ, baru dia bawak saya pergi kat satu tempat tersorok sikit(bahagian pameran) dan bagi kat saya buku tu...


Masa mula-mula pegang buku tu(belum bayar lagi), badan saya terus menggigil-gigil MySpace . Mau taknya, buku tu baru jer keluar kat pasaran dan saya betul-betul bangga dapat jadi antara yang terawal memilikinya. ^^


Berbalik pada buku ni, ia merupakan koleksi artikel-artikel yang ditulis oleh Dr RT ni dalam Utusan Malaysia dan disusun mengikut tarikh artikel tu disiarkan. Dalamnya ada macam-macam tajuk yang mana semuanya menjurus kearah satu tujuan iaitu untuk menyingkap 'nasib Melayu dibumi Melayu'...MySpace

Jadi, saya dengan sukacitanya, MySpace , ingin mengajak anda untuk sama-sama membaca serta memahami segala maksud yang tersirat disebalik penulisan buku ni. Mesej yang dibawa cukup jelas iaitu untuk memberi kesedaran tentang hakikat sebenar disebalik apa yang berlaku di negara kita.

Bagi yang kenal dengan saya, jangan malu-malu nak pinjam dengan saya ek. Jangan risau, saya takkan buat macam dia ni MySpace . Hahahahaha...

Akhir kalam 'Membaca itu jambatan ilmu...dan dengan ilmu, kita mampu menawan dunia'..Tata... MySpace

Asal usul nama blog ni ^^

16 May 2011
Alhamdulillah, selepas berjaya dalam proses meng'update' blog ini supaya sejuk mata pengunjung yang memandang(Insya-Allah), kali ni saya nak bercerita sedikit tentang dari mana datangnya nama untuk blog ini sebagaimana yang tertera pada tajuk entri kali ini. ^^

Semasa mula-mula mendaftar sebagai blogger, langsung tidak terlintas di hati saya mengenai nama bagi blog yang saya akan buat ni. Selepas mendaftar dan sampai ke proses meletakkan nama blog, tiba-tiba saya jadi 'blank'. Apa nama yang saya nak letak kat blog saya ni ek? Hahaha, padan muka saya kan? Siapa suruh saya tak fikir awal-awal? ^^

Nak dijadikan cerita, saya pun fikirlah dengan sedalam-dalamnya(sampai tersembul urat kat dahi saya)... Fikir punya fikir, tak keluar-keluar jugak nama yang sesuai. Saya pun cuba laa cari dekat google. Saya cari puisi-puisi yang bersifat patriotisme(sebab itu tujuan utama saya buat blog ini), puisi yang ringkas tapi mendalam maksudnya supaya saya dapat cedok frasa dalam puisi tu sebagai nama blog ni.


Nak tau apa yang saya jumpa? Hahaha, kosong!!! Tak ada satu pun puisi yang memiliki ciri-ciri yang saya nak. Nak tak nak, terpaksa laa saya guna kelebihan saya dalam mencipta ayat-ayat puitis(hahahaha, macam laa saya ni pandai san). Nama pertama yang terlintas- Aku Pejuang Bangsa, tapi sayangnya tak dapat digunapakai sebab kena reject. Saya fikir-fikir balik, ada yang tak kena pada nama ni sebab yang nyata, saya masih lagi tidak layak digelar pejuang bangsa sebab masih tidak mampu menabur jasa ^^.


Selepas melalui beberapa proses tapisan, maka, terkeluarlah nama Aku Pewaris Nusa Bangsa-satu nama yang ringkas tapi memiliki aura patriotisme yang sangat kuat!!! Alhamdulillah, inilah hasil cetusan hidayah dari Allah kepada saya ^^

Jadi, begitulah sedikit sebanyak cerita disebalik nama blog ini. Diharapkan semoga entri ini dapat menjawab segala persoalan saudara-saudari pengunjung blog saya ini tentang kenapa blog ini bernama sedemikian rupa^^

Akhir kalam, ' Aku Pewaris Nusa Bangsa-Tulisan sebuah perjuangan' ^^

Bahtera Merdeka- Menyingkap tirai patriotisme

15 May 2011
Bahtera Merdeka

'Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji'



Ternyata, lagu ini bukan sebarang lagu...tapi ia lagu keramat!!! Setiap rangkap dalam lirik lagu ini mengandungi 1001 makna yang amat mendalam jika dihayati dengan penuh semangat patriotisme.

Mendengarkan lagu ini bisa membuatkan seluruh jiwa dan raga rasa bergoncang dengan alunan semangat kecintaan, kepatuhan dan kesetiaan yang tiada taranya terhadap tanah air yang tercinta ini.

Ayuh bangsaku, bangkitlah!!! Pertahankan ibu pertiwi !!! Kita kekalkan bahtera merdeka ini yang telah kita julang lebih setengah abad lamanya!!!...begitulah yang terlintas dalam hati aku setiap kali mendengar lagu ini.

akhir kalam: 'Perjuangan bukanlah satu tanggungjawab, ia satu kewajipan!!'

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurni-Nya, aku berjaya juga bergelar seorang blogger...^^

mula-mula, bukan main payah lagi aku nak create blog ni, tapi lepas beberapa kali percubaan, dapat gak dihasilkan...

aku bercadang nak isi blog ni dengan perkara-perkara yang berfaedah supaya matlamat berjihad melalui blog tu tercapai, Insya-Allah...

jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan pembikinan blog ini terutamanya keluarga dan rakan taulan sekalian...^^

kepada para pembaca blog ni, nantikan post yg seterusnya ekk...^^

akhir kalam: ' Mati itu pasti...Hidup, Insya-Allah...'