Cara-cara mempopularkan blog kita

12 June 2011
Terkejut? Sebenarnya entri kali ini bukan ingin bercerita tentang cara-cara, tetapi ingin meminta panduan serta nasihat dari anda semua pembaca blog saya tentang cara bagaimana untuk mempopularkan sesebuah blog.

Diharapkan agar para pembaca sekalian dapat membantu saya dengan memberi rujukan, panduan serta nasihat untuk saya membaiki segala kelemahan yang ada pada blog ini. Sesungguhnya, jasa anda semua amat diharapkan.

Oh ya, berkenaan dengan isi blog ini seterusnya, saya dalam proses untuk menyunting bahan-bahan yang akan saya siarkan tidak lama lagi. Harap anda semua sabar menunggu. ^^

Sekian, Wassalam..

Kes buang bayi-Satu penghinaan buat bangsa manusia!!!

10 June 2011
Cukup sayu dan pilu sekali tatkala melihat pelbagai bentuk serta keadaan mayat bayi-bayi yang dibuang tanpa belas kasihan. Ada yang dibuang dalam mangkuk tandas, di dalam semak, dalam tong sampah, dibuang dalam sungai, bahkan, ada yang sampai menjadi habuan binatang-binatang liar!!!

Yang terbaru, seorang bayi dicampak hidup-hidup dari tingkat 5 sebuah flat. Apa ini semua? Kemana perginya fitrah mereka selaku manusia? Tiada lagi perkataan lain yang dapat saya rumuskan terhadap kejadian-kejadian ini melainkan zalim, tidak berperikemanusiaan, malahan lebih kejam dari binatang.

Ternyata, semua gejala membuang bayi ini merupakan satu penghinaan yang amat besar terhadap kita selaku bangsa manusia-satu-satunya bangsa yang sanggup menerima amanah Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Apa salahnya si kecil tersebut terhadap mereka? Mereka sekalipun tidak pernah meminta untuk dilahirkan kedunia, apalagi untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Justeru, bertaubatlah wahai pelaku. Insaflah kamu akan perbuatanmu yang semestinya mengundang kemurkaan Allah setelah amanah tersebut tidak ditunaikan. Bertaubatlah wahai mereka yang hina, bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Dibawah ini, saya tampilkan sebuah video klip lagu nasyid dari sebuah kumpulan bernama Mestica. Sama-samalah kita menginsafi segala perbuatan kita selama ini. Dengar dan hayatilah Mestica-Wajah Suci...

Amaran: Video klip ini mengandungi gambar-gambar yang tidak keterlaluan. Jika anda tidak sanggup melihatnya, sila tekan play dan minimizekan browser anda. Terima kasih.





Wajah Suci-Mestica


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Buat sahabat dari sahabat

9 June 2011
MySpaceKutujukan kata-kata ini buatmu sahabat-sahabat sekalian. Semoga ukhwah kita yang dibina atas rasa keikhlasan akan berkekalan selamanya sehinggalah diri kita dijemput pulang ketempat asal kewujudan kita, Insya-Allah. Terimalah...


Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira..

Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..

Jikaku bersedih tanpa kata...

Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..

Jikaku lemah tak berdaya..

Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga..

Jika antara kita ada tembok yang memisah...

Ajaklah aku meleraikannya segera..

Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...

Luahkanlah agar aku mengubah diriku..

Dan jika esok kulena tanpa terjaga..

Iringilah lenaku dengan kalungan doa..

Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya...



Sahabat,

Aku lemah,

Jatuh terhumban aku patah,



Papahkanlah aku ke jalan Allah.

ikhlas dari sahabatmu ...

21 Petua Membuat Wajah Cantik/Hensem Semulajadi

8 June 2011
Assalamualaikum...
Kali ini saya ingin berbicara tentang petua-petua yang boleh kita amalkan bagi mencantik serta menyerikan lagi wajah kita secara semulajadi, Insya-Allah. Oh ya, mengapa kita mesti kelihatan cantik, hensem serta bergaya? Mestilah kerana Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kesemua petua ini adalah petua-petua yang diwarisi secara turun-temurun sejak zaman-berzaman. Apapun, kita hanya berikhtiar, sedangkan segala yang berlaku semuanya atas kehendak Allah SWT. Ayuh, kita sama-sama mencuba ^^

*Sumber: Internet
*Amaran: Segala perbuatan adalah atas tanggungjawab sendiri


21 PETUA KECANTIKAN WAJAH

Caranya adalah seperti berikut:

1. MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!

3. BIBIR MERAH SEMULAJADI

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

5. KULIT MUKA LICIN BERSERI

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. MENAIKKAN SERI MUKA

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut
di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

7. MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

8. MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

9. MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. Selamat mencuba.

10. MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan Insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

11. MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya amalkan selalu. Selamat mencuba.

12. MEMERAHKAN BIBIR

Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

13. MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh
sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

14. NAIK SERI WAJAH

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

15. OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

16. MENCANTIKKAN KULIT MUKA

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

17. MENYERIKAN WAJAH

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

18. HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

19. PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

20. MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

21. SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda


Sumber:http://www.scribd.com/doc/56815687/21-Petua-mencantikkan

Sajak buat sahabat seperjuangan...

Disini, ingin saya berkongsi dengan teman-teman sekalian tentang sebuah sajak yang cukup indah, hasil nukilan dan tulisan oleh oleh saudara Musafir Kelana (http://mkelana.wordpress.com/2005/10/27/sajak-buat-sahabat-seperjuangan/). Saya tujukan sajak ini khas buat teman-teman seperjuangan saya, semoga perjuangan kita dalam menuntut ilmu di Menara Gading ini akan diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT. Terimalah...




Sajak buat sahabat seperjuangan…

Oktober 27, 2005 oleh Musafir Kelana

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

_________________
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..




Sekian terima kasih...

Sedih...

7 June 2011
Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tidak berkesempatan meng'update' blog, akhirnya saya diberi sedikit ruang dan peluang oleh Allah SWT. Insya-Allah, selepas ini ruangan blog ini akan bertambah maju berkat dorongan anda sekalian.

Sedih!!! Itulah perkataan yang terkeluar dalam hati saya tatkala membaca satu entri bertajuk 'Penat lo...' oleh seseorang ni. Saya tahu bahawa 'seseorang' yang dia maksudkan itu adalah saya dan saya tahu bahawa punca dia menulis entri itupun kerana saya. Sungguh!!! Tidak terlintas sedikit pun dihati saya untuk menganiaya dia. Saya sekadar meluahkan apa yang terpendam, apa yang saya rasa. Maafkan saya jika saya keterlaluan memaksa dia dengan pelbagai luahan kata-kata.

Oh ya, bermula hari ini, ruangan blog ini akan bangkit kembali dengan paparan yang lebih bernas, berilmu serta lebih tersusun, Insya-Allah. Kepada kawan-kawan, sila beri tunjuk ajar ya ^^.

Sekian, Wassalam.