Ramadhan vs Merdeka

1 August 2011
Alhamdulillah, bermula hari ini (1/08/2011), umat Islam di seluruh Malaysia mulai menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah yakni bulan Ramadhan dengan berpuasa di siang hari. Semoga Ramadhan tahun ini bakal menjadi Ramadhan yang sangat bermakna sepanjang hidup kita, Insya-Allah.

Dengan kuasa dan percaturan Allah yang Maha Kuasa, tahun ini-2011 menyaksikan satu lagi detik bersejarah buat penduduk negara ini apabila Bulan Ramadhan jatuh pada bulan yang sama dengan bulan kemerdekaan negara yakni bulan Ogos. Maka, disamping kita dapat menyambut bulan Ramadhan, kita juga dapat menghayati semangat kemerdekaan negara pada masa yang sama.

Jadi, ayuh, marilah kita sama-sama mengharungi dan menghayati kedua-dua bulan yang amat penting bagi negara dan juga umat Islam seluruh dunia ini. Semoga kita dapat memperoleh segala rahmat dan kurniaan Allah yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan ini serta dapat menghargai dan menghayati erti sebenar kemerdekaan negara.

Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat anda semu ^^


Lagu Kemuliaan Ramadhan oleh UNIC dan In-Team


Lagu Kemegahan Negaraku