Cintaku Terlarang-JED

14 October 2011
Hakikat cinta

Pandangan pertama ku terpesona kejelitaan yang asli
Pandangan kedua ku tergoda terikat untuk bersamanya
Terlupa aku disebaliknya wajah yang cukup menawan
Dia telah pun berpunya kekasih yang terlalu menyintainya...

Aku tahu cintaku terlarang mencuri tatap wajahnya
Dan ku tahu dia telah tergoda bila berhadapan dengan ku
Jauhkanlah tuhan kejahilan simpulan hati ini
Dari memusnahkan hidup pasangan yang bahagia di depanku
Kau bukan milikku...

Semoga cintaku bukan cinta terlarang

Kesepian ini bertandang bersamamu
Luhur rasa jiwa yang menggoda
Mengapa harus aku merindui
Ku serahkan pada Maha Esa
Yang mengerti setulus hati budi

Kau bukan milikku
Ku bukan milikmu
Usah engkau menduakannya
Tak mungkin bersama
Tak mungkin berdua
Walau untuk sementara

Biar ku doakan
Engkau bahagia
Dengannya terpancarlah sinar syurga
Aku akan setia dan dipintu hati
Terusan menanti
Kau bukan milikku


 Dibawah ni disertakan klip lagu tersebut...enjoy ^^















Luahan Hati Menongkah Realiti

10 October 2011
Terasa diri ini hina

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela









Merenung kisah silam

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai


Ya Allah








Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati


Terasa bagai noktah telah kutemui


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
 
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Setelah malamku berkalut benci





Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

Coretan Hati Bakal Suami

5 October 2011

Isteri solehah dambaan syurga
Aku hanya seorang lelaki yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – bait kata kepada bakal isteriku, yang aku sendiri masih dalam mencarinya.

Dengarlah luahan hatiku, seorang lelaki biasa..

Tak terasa sudah demikian lama kita hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa hujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. Andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian


Bidadari penghibur hati suami

Wahai bakal isteriku, wanita yang tak pernah kuketahui siapa engkau,

Kadangkala aku merasa resah. Jika malam kian gelisah, kerana tak jua aku mampu menemukanmu. Selimut tidurku tak cukup untuk mengusir dinginya malam. Solat wajibku terasa tak sempurna jika tiada seseorang mendampingi di sisi. Ingin rasanya ku laungkan ayat-ayat cinta Allah dalam setiap  solatku bersama dengan mu dan anak-anak kita kelak. Aku menjadi imammu dan kau makmumku.

Bercinta sampai syurga



Wahai bakal isteriku, yang Allah ciptakan untuk mendampingiku..

Setelah solat Maghrib mahupun waktu-waktu seperti biasanya, kau membacakan ayat-ayat Alquran untuk dirimu dan Tuhanmu. Ingin, rasanya ku dengar suara syahdumu, ingin rasanya kita alunkan bersama ayat-ayat cinta-Nya. Kita baca dengan suara yang mengalun dalam hati penuh kerinduan pada Allah dan RasulNya.  Satu ayat pun cukup. Kerana, setelahnya ada keimanan yang terpancar di rumah kita. Rumah tanpa kata, rumah sederhana yang hanya ada tawa dan gurauan bahagia penuh cinta.

 


Tahukah kau bahawa setiap kali aku memulai aktiviti seperti ada yang kurang jika ku toleh ke kiri ke kanan. Alangkah indah rasanya bangun sepertiga malam, mengerjakan dua Rakaat dan bermunajat pada Rabb Allah SWT Tuhan kita. Kita mengadu bersama padaNya. Bersama menaruhkan kerinduan padaNya. Menguntai kata berselimutkan iman, hingga tak terasa air mata berlinang di pipi kita. Kau memandang ku, lalu ku usap air matamu. Subhanallah, pipimu merona merah kala kita berpadang mata. Duhai indahnya.


Isteri solehah dambaan lelaki soleh

Wahai bakal isteriku,

 Sekelumit inginku, keinginan sederhana keinginanku sebagai lelaki yang biasa-biasa sahaja. Hari-hariku memang sangat biasa-biasa saja. Hidupku dipenuhi hanya dengan hal-hal yang sederhana. Jika kau kelak dipertemukan denganku secara nyata, ku mohon kau terima aku kerana Dia, kerana Allah dalam setiap do’a panjangmu dan istikharahmu. Ku mohon agar kita mampu membuang sifat tamak dan kesombongan. Agar, kita boleh menjalani  rumah tangga dengan kesyukuran kelak.



Kau cerminku, aku pun cermin mu. Maka ku usahakan dalam diri ini selalu setia pada jalan-Nya. Kadangkala memang jalanku tak sempurna, belok kesana ke sini. Aku pun bukan lelaki dicintai syurga, tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik dengan caraku. Aku usahakan agar seirama mungkin pada kebenaran. Maka, do’akanlah aku agar dapat sebanding imanku dengan imanmu. Kebaikanku dengan kebaikanmu


Menanti tiba saat dan ketikanya




Wahai bakal isteriku, yang ku rindukan dan tak ku ketahui engkau siapa,
letih rasanya pencarian ini, seperti keletihanmu untuk menantiku menemuimu. Tetapi, aku selalu menyimpan harapan yang suci, dan berusaha menjadikan ahlak ini tawaduk dan mampu kau pandang dengan sesederhananya. Memang tak sebaik lelaki yang kau kenal kesolehannya tetapi aku akan berusaha semampu yang aku boleh.
Namun, jika tiba waktunya aku memang tak seperti yang kau inginkan, aku harap pandanglah aku kerana ketulusanku.


Kekasih halal dunia akhirat


Wahai bakal isteriku,

Mari kita timbang kita susun dalam doa – doa padaNya. Kita jadikan doa sebagai senjata yang paling ampuh. Senjata untuk saling menemukan juga senjata untuk mengimbangi hiruk – pikuk dunia yang melenakan. Semoga kita saling menemukan.

Sampai disini sementara coretan ini buatmu. Luahan dariku lelaki yang biasa sahaja, dengan hidup yang sederhana. Tunggu coretan selanjutnya dariku hingga kita saling bertemu dalam munakahat. Semoga kamu masih bertahan dan aku pun tetap pada jalan-Nya.







Isteri solehah yang dinanti


“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
akan jalannya yang benar
Penuhkanlah muara hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
dengan makrifat, pengetahuan sebenar-benarnya tentang-Mu

Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada’ dlm perjuangan Agama-Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya Rabbal Alamin..


 Sumber:http://akuislam.com/blog/renungan/aku-hanya-seorang-lelaki-yang-biasa/