Wanita...tidak boleh lari dari nafsu kecantikan...nafsu inilah y membuat mereka suka berhias, bahkan hingga suka memperagakan kecantikan mereka kpd umum...mula2 niatnya baik, lama2 hati hawa mereka terusik bila org mulai memuji muji kecantikannya...hati rasa berbunga2, rasa bahagia bila dipuji dan dipuja...lalu diupload lg dan lg gambar mereka tnpa memikirkan para penontin gambar mereka, ada y 'save' gmbarnya secara diam sbgai koleksi peribadi, juga ada y dijadikan pemuas nafsu lelaki y keseorangan...
Aduhai wanita, sedarlah, melalui gambar sahaja ramai dari kaummu y diheret ke neraka...riak+ujub tanpa sedar mulai menghakis hatimu secara diam, itulah permainan syaitan...bertaubatlah, dan kembalilah kpd fitrahmu...wanita diciptakan cantik kerana apa? untuk menjadi tontonan murahankah? ingatlah, ini sebagai ujian y bilamana kamu berjaya mengharunginya, maka syurga Allah menantimu...
Wanita...kecantikanmu bukan untuk tontonan umum...hargailah pemberian Allah dengan sebaiknya...
Oh Wanita :'(
Labels:
bahagia
,
cinta halal
,
cinta terlarang
,
dosa silam
,
kemuliaan ramadhan
,
kisah cinta
,
lelaki berduka
,
merdeka
0
comments
Dosa Silam yang Suram
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)
Dosa itu...
Dosa silam yang membunuh bicara
Menghanyut iman di dalam dada
Membuakkan gelora yang tiada penghujungnya
Hari ini...
Dosa-dosa silam itu kembali menggoda
Tatkala seorang hamba rebah dalam dakapan-Nya
Di dalam arus tangisan yang menghiba
Ya Allah...
Tiada terdaya ku menanganinya
Tiada kuasa ku mengusir bayangannya
Tidak terbayang azab di sana
Tidak tergambar peritnya derita yang menunggu di sana
Tidak terperi kepedihan seksaan-Nya
Ya Allah...
Hanya keampunan-Mu yang bisa menghapuskannya
Hanya maghfirah dari-Mu yang mampu mengusirnya
Maka...
Dengan kerendahan hati yang tulus mengharap keampunan Tuhannya
Aku memohon keampunan dari-Mu ya Allah
Ampunkan segala dosa-dosaku
Ampunkan segala keterlanjuranku
Ampunkan segala kesilapanku
Sungguh..
Angkara dosa, manusia hina dihadapan Tuhannya
Angkara dosa, azab seksa menanti di alam sana
Angkara dosa, tiada ketenangan yang dirasa
Demikian hebatnya penangan dosa...
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)
Selamat tinggal dosa silam
Afzan Aziz/ SyababPerinduKasihIlahi
3 Januari 2013
9.02 a.m.
Labels:
bahagia
,
berjuang
,
derita
,
dosa
,
dosa silam
,
hidup
,
ihsan
,
iman
,
keampunan
,
lelaki berduka
,
pasrah segalanya
,
sengsara
,
syahdu
,
taubat
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anda sukakan blog saya?
Entri sebelum ini
Total Pageviews
Madah Perjuangan
andai perjuangan ini mudah,
sudah pasti ramai yang ingin menyertainya..
andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqamah dengannya...
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai yang tertarik padanya...
tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya,
sakit pedihnya,
umpama kemanisan tak terhingga...
andai rebah, bangkitlah semula...
andai terluka, ingatlah janjiNYA..
sudah pasti ramai yang ingin menyertainya..
andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqamah dengannya...
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai yang tertarik padanya...
tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya,
sakit pedihnya,
umpama kemanisan tak terhingga...
andai rebah, bangkitlah semula...
andai terluka, ingatlah janjiNYA..
About
Terima kasih ^^. Powered by Blogger.
Selamat Datang
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Diharapkan segala apa yang dipaparkan dalam blog ini dapat memberikan faedah sedikit sebanyak kepada anda. Blog ini hanyalah sebuah tulisan mengenai perjuangan seorang anak muda dalam mengharungi hidup bergelar pewaris nusa bangsa... Selamat Membaca!!!
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Diharapkan segala apa yang dipaparkan dalam blog ini dapat memberikan faedah sedikit sebanyak kepada anda. Blog ini hanyalah sebuah tulisan mengenai perjuangan seorang anak muda dalam mengharungi hidup bergelar pewaris nusa bangsa... Selamat Membaca!!!
Tentang Diri Ini
- Syabab Perindu Kasih Ilahi
- Hanyalah seorang hamba Allah yang menadah cinta hanya kepada Sang Pencipta bagi mengisi sebuah perjuangan...