.Penulisnya pun bukan calang-calang orang, bahkan beliau memang dikenali diseluruh negara dengan keberanian beliau dalam memberikan pendapat serta hujah berasaskan kebenaran. Haaaa, tertanya-tanya siapakah beliau dan apa tajuk buku tersebut? jawapannya...
Hahahaha, terkejut???

Ni lah dia bukunya. Buku ni saya beli masa Semester 2 kat MPH-JUSCO Melaka...susah giler nak cari buku ni kat situ(maklumlaa, buku baru), cari punya cari, tak jumpa-jumpa jugak. Last-last, tanya pekerja kat situ, baru dia bawak saya pergi kat satu tempat tersorok sikit(bahagian pameran) dan bagi kat saya buku tu...
Masa mula-mula pegang buku tu(belum bayar lagi), badan saya terus menggigil-gigil
. Mau taknya, buku tu baru jer keluar kat pasaran dan saya betul-betul bangga dapat jadi antara yang terawal memilikinya. ^^Berbalik pada buku ni, ia merupakan koleksi artikel-artikel yang ditulis oleh Dr RT ni dalam Utusan Malaysia dan disusun mengikut tarikh artikel tu disiarkan. Dalamnya ada macam-macam tajuk yang mana semuanya menjurus kearah satu tujuan iaitu untuk menyingkap 'nasib Melayu dibumi Melayu'...

Jadi, saya dengan sukacitanya,
, ingin mengajak anda untuk sama-sama membaca serta memahami segala maksud yang tersirat disebalik penulisan buku ni. Mesej yang dibawa cukup jelas iaitu untuk memberi kesedaran tentang hakikat sebenar disebalik apa yang berlaku di negara kita.Bagi yang kenal dengan saya, jangan malu-malu nak pinjam dengan saya ek. Jangan risau, saya takkan buat macam dia ni
. Hahahahaha...Akhir kalam 'Membaca itu jambatan ilmu...dan dengan ilmu, kita mampu menawan dunia'..Tata...




haha....aku ada tgk buku ni tapi tak beli...
ada baca tak novel dari JS?? bacalah...best