Kes buang bayi-Satu penghinaan buat bangsa manusia!!!

10 June 2011
Cukup sayu dan pilu sekali tatkala melihat pelbagai bentuk serta keadaan mayat bayi-bayi yang dibuang tanpa belas kasihan. Ada yang dibuang dalam mangkuk tandas, di dalam semak, dalam tong sampah, dibuang dalam sungai, bahkan, ada yang sampai menjadi habuan binatang-binatang liar!!!

Yang terbaru, seorang bayi dicampak hidup-hidup dari tingkat 5 sebuah flat. Apa ini semua? Kemana perginya fitrah mereka selaku manusia? Tiada lagi perkataan lain yang dapat saya rumuskan terhadap kejadian-kejadian ini melainkan zalim, tidak berperikemanusiaan, malahan lebih kejam dari binatang.

Ternyata, semua gejala membuang bayi ini merupakan satu penghinaan yang amat besar terhadap kita selaku bangsa manusia-satu-satunya bangsa yang sanggup menerima amanah Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Apa salahnya si kecil tersebut terhadap mereka? Mereka sekalipun tidak pernah meminta untuk dilahirkan kedunia, apalagi untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Justeru, bertaubatlah wahai pelaku. Insaflah kamu akan perbuatanmu yang semestinya mengundang kemurkaan Allah setelah amanah tersebut tidak ditunaikan. Bertaubatlah wahai mereka yang hina, bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Dibawah ini, saya tampilkan sebuah video klip lagu nasyid dari sebuah kumpulan bernama Mestica. Sama-samalah kita menginsafi segala perbuatan kita selama ini. Dengar dan hayatilah Mestica-Wajah Suci...

Amaran: Video klip ini mengandungi gambar-gambar yang tidak keterlaluan. Jika anda tidak sanggup melihatnya, sila tekan play dan minimizekan browser anda. Terima kasih.





Wajah Suci-Mestica


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. Shida said...:

    seram.. xleh tengOk~ huuuuu
    nak putus nyawe~

  1. Shida: ORe pun seram jgak...kui3

    Arif: ^^

Post a Comment