Rahsia kejayaan yang paling utama

20 February 2012
Dari Amīr al-Mu’minīn, Abū Hafsh ‘Umar bin al-Khaththāb rda, dia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya dan setiap orang pun (akan dibalas) sesuai dengan yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang-siapa yang hijrahnya karena urusan duniawi yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut (HR. al-Bukhāriy dan Muslim)
Ilmu itu cahaya, iman itu permata

Hari ini, ingin saya berkongsi dengan sekalian pembaca mengenai salah satu rahsia kejayaan dalam hidup. Formula ini telah lama diberitahu oleh baginda Rasulullah S.A.W. menerusi hadis yang tercatat di atas. Sesungguhnya niat memberi kesan yang amat besar kepada setiap perbuatan kita kerana ia menjadi antara faktor utama kejayaan sesuatu perbuatan. Jika baik niatnya, maka insya-Allah, baiklah juga perbuatannya dan begitu juga sebaliknya.



Berniatlah sebelum memulakan sesuatu

Bagaimana cara mengamalkannya bagi seseorang pelajar??

Sebaik-baiknya, sebelum melangkah keluar dari rumah ataupun asrama, perbetulkan niat kita menuntut ilmu kerana Allah, bukan semata-mata kerana ingin cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Setiap perbuatan yang diniat kerana Allah s.w.t insya-Allah, ianya akan menjadi sebahagian dari ibadat. Mencari ilmu kerana Allah akan menjadikan ilmu yang kita perolehi itu lebih berkat dan kuat kesannya berbanding niat kerana perkara lain. Kepada pelajar-pelajar, cubalah amalkannnya, insya-Allah, anda akan dapat merasai kesannya...:)




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment