Posted by
Syabab Perindu Kasih Ilahi
at
7/14/2012 11:39:00 am
14 July 2012
Aku mmg ada niat nak nikahi dia. Tapi dengan keadaan aku yg tak ada apa-apa skrg, tak mampu nak bagi nafkah kat dia, aku serahkan bulat-bulat pada ALLAH utk DIA jaga sepenuhnya diri dan hati dia. Jika dia mmg ALLAH takdirkan untuk aku, cepat atau lambat dia tetap akan jadi milik aku. Jika aku terima dia skrg, atau mulakan hubungan dengan keadaan aku tak dapat jamin aku boleh nikahi dia dengan cepat, aku rasa aku dah khianati DIA dan dia. Malah, aku mungkin akan cemarkan perjalanan suci hidupnya. Maksud aku, dia mungkin sebenarnya hak orang lain yg ALLAH dah takdirkan lebih baik utk dia. Aku tak tahu dengan tepat siapa jodoh aku. Sikit pun tak...
Biarlah dia dikebas orang, mungkin orang tu mmg untuk dia pun. Jika dah serah bulat-bulat padu percaya pada ALLAH, tenang sahajalah. Kenapa nak rasa rugi? Kenapa nak terburu-buru?
andai perjuangan ini mudah, sudah pasti ramai yang ingin menyertainya.. andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah dengannya... andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya... tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan tak terhingga... andai rebah, bangkitlah semula... andai terluka, ingatlah janjiNYA..
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Diharapkan segala apa yang dipaparkan dalam blog ini dapat memberikan faedah sedikit sebanyak kepada anda. Blog ini hanyalah sebuah tulisan mengenai perjuangan seorang anak muda dalam mengharungi hidup bergelar pewaris nusa bangsa... Selamat Membaca!!!